Saturday, November 19, 2011

Saat-saat lafaz sakinah

entri kali ni untuk bacaan kalian semua yg mana bakal berkahwin esp gegurl & boboi yg akan berkahwin di JOhor.

Lafaz Sakinah ni hanya dibaca di Johor sahaja n diberi pilihan either nak baca or not. so, my dad ckp, lafazla coz aku kawen dengan org luar ( bukan org Johor).. tunjuk adat kite pada org luar.

part baca lafaz sakinah adalah part paling sedih taw..sampai la ni, aku masih lagi teringat2..syahdu sgt n tetamu yg datang pon time aku nikah aritu nangis..


**hubby **
“ADALAH saya, Shamsul Azreen bin Mohamad, suami kepada Noor Aini binti Sudin yang telah menerima tanggungjawab, dengan ini menyerahkan kepada isteriku dengan mas kahwin sebanyak RM 200 tunai. Oleh itu, hendaklah kamu, isteriku, menunjukkan taat setia kepadaku sebagai suami dengan mengikut segala perintah dan nasihatku selagi mana ianya tidak bercanggah dengan hukum Islam dan Undang-Undang Negara,” lafaz Azreen dengan suara yang perlahan dan tenang. Kemudian dia beralih kepada Aini yang telah sah menjadi isterinya. Tangan dihulur, dan Aini mencium lembut tangan suaminya.

Aini membetulkan simpuhnya. Dengan tenang dia menerima mas kahwin daripada suaminya dan melafazkan ikrar sakinah yang tertera di atas kertas di hadapannya.

**me**
“Adalah saya Noor Aini binti Sudin, isteri kepada kekanda dengan penuh kesyukuran menerima mas kahwin ini sebagai tanda ikatan murni dan suci dan akan menumpukan sepenuh perhatian terhadapmu dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada kekanda, dan adinda mengharapkan kepada kekanda agar sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingn dan kebahagiaan bersama. Semoga Allah merestui perkahwinan kita,” lafaz Aini dengan suara yang penuh dengan getaran.

**************************************

**My Mum**

Anakku, Noor Aini binti Sudin ...Hari ni kamu akan berpindah dari naungan dan perlindungan ibu dan ayah ke suatu alam yang baru di bwh naungan suamimu. Ibu telah mendidik dan mengasuhmu sebaik mungkin untuk mnjadi seorang anak yang solehah. Hari ni, ibu mengharapkan kepadamu untuk melaksanakan segala tunjuk ajar dan nasihat ibu selama ini. Jadikan lah dirimu itu sebagai seorang isteri yang solehah. Nescaya suamimu akan mnjdi teman yang mesra kpdmu. Berikan khidmat dan ketaatan mu kpdnya dgn jujur dan ikhlas. Hendaklah kamu menjaga perkataan, budi pekerti dan tingkah lakumu terhadpanya. Jagalah maruah dirimu dan maruah keluargamu. Taatilah Allah di sepnjg hidupmu. Dan jgnlah sesekali kamu melupakan akan kedua ibu bapamu. Semoga Allah memberikan ketabahan dan keafiatan serta ketenangan dan kebhgiaan kpd kamu. Ibu juga menghalalkan segala mkn minum dan jasa bakti yg tlh ibu berikan kpdmu. Maafkan ibu segala kesilapan dan kesalahan semasa mendidikmu.

********sebak sgt2 time ni*********

**me**

Ibu,

Budi dan jasamu selama ini tidak dpat sy bls,hari ni saya akn berpindah dari naungan ibu ke satu alam yg baru yg belum saya ketahui. Saya mohon doa restu ibu agar saya dapat menghadapi cabaran rumah tangga dgn sabar . Saya ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga di atas segala tunjuk ajar , bimbingan dan nasihat dan kasih sayang yang tidak ternilai. Ampunkan segala dosa dan kesilapan sy semasa berada dengan ibu. Terima kasih ibu.

*******************************************************

**my Dad**

Adalah saya , Sudin bin Awang, bapa kepada Noor Aini binti Sudin dari saat ini menyerahkan tanggungjawab, nafkah,perlindungan, keselamatan , kasih sayang, dan tanggungjawab agama islam kpd kamu Shamsul Azreen bin Mohamad. Semoga diberkati olah Allah SWT di atas kmu, dan orang yg membawa tanggungjawab kamu dan zuriat kamu.


**hubby**

Dengan ini saya Shamsul Azreen bin Mohamad Suami yang sah kepada Noor Aini binti Sudin bersyukur kepada Allah s.w.t di atas anugerah nikmat iman, islam, kesihatan dan isteri serta berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan majlis akad nikah ini.

Oleh itu mulai saat ini, saya menerima tanggungjawab sebagai suami kepada isteri saya Noor Aini binti Sudin. Dan akan berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan tugas sebagai suami seperti berikut:

1. Memberi nafkah zahir dan batin.

2. Pemeliharaan dan perlindungan yang sempurna.

3. Keselamatan yang terjamin.

4. Memberi bimbingan dan panduan ke jalan yang diredhai oleh allah s.w.t.

Saya mengharapkan doa restu dari semua pihak terutama kedua ibubapa dan kedua ibubapa mertua saya. Sekian terima kasih.


Sedihkan?? huhu..='(

3 comments:

  1. ouh.. macam tu ye isi lafaz sakinah tu..

    ReplyDelete
  2. sebak! ;( walaupun belum sampai lagi ke arah tu.

    ReplyDelete
  3. nk tanya sis lafaz ni dalam bentuk rumi ke jawi?

    ReplyDelete