Wednesday, November 30, 2011

Tenanglah wahai hatiku..


Dengan lafaz Bismilahirrahmanirrahim aku mulakan coretan hati yang tak seberapa ini.. apa yang tersirat di hati ini sungguh menyesakkan sehingga kadang2 aku jadi begitu sedih hingga air mata ku mengalir tanpa henti. di tikar sejadah saksi air mata ini turun...

Wahai hatiku,
tenanglah dikau...

Wahai hatiku,
kuatkan aku untuk melalui saat2 ini,
berikan aku kekuatan untuk membuat insan lain bahagia melihat aku,
berikan aku senyuman yang ikhlas,
berikan aku petunjuk ke jalan yang benar.

Wahai hatiku,
sesungguhnya saat ini aku tidak tenang,
fikiranku celaru,
aku buntu..

Wahai hatiku,
Janganlah menangis lagi,
Dikau tahu bhw Allah SWT berada di setiap saat,
kepada Allah SWT tempat hati kecil ini mengadu..

Wahai hatiku,
Kuatkan imanku kepada Allah SWT,
Jauhilah aku daripada melupakan-NYA,
Dekatkan aku dengannya.

Wahai hatiku,
dikau perlu tahu bahawa setiap yang Allah beri itu setimpal dengan kekuatan kita,
maka hatiku, terimalah dan redha dengan apa yang Allah tentukan.

Semoga Allah sentiasa menunjukkan aku dan insan sekelilingku ke jalan yang benar..
Dugaan yang dihadapi ini adalah salah satu tanda Allah masih sayang pada kita..

Wahai hatiku,
bangkitlah daripada derita ini dan sentiasa redha dengan apa jua keadaan.
















"cinta suci yang terindah"

No comments:

Post a Comment