Saturday, August 27, 2011

Luka di tangan nampak, luka di hati, tiada siapa yang tahu..

Lukanya hati seorang isteri hari ini... mungkin ianya remeh bagi si suami, namun bagi seorang insan kerdil yang bergelar isteri ini ia amat penting... kadang2, hati kecil ini terdetik kehadiran seorang isteri di sisinya tidak penting..

Ketika si isteri sakit, si suami masih lagi bekerja..meninggalkan si isteri sendirian di rumah.. sungguh kecewa~ si isteri terus memujuk hati... memujuk hati yang kian luka..harap2, luka itu tidak parah..

Si isteri masih lagi melakukan tugasan sebagai seorang isteri walaupun tidak berdaya. niatnya untuk menyenangkan hati suami.. segala juntaian air mata di simpan jauh2 apabila si suami pulang bekerja. cukuplah melihat si suami puas hati. tersenyum .
hati yang luka agak lambat diubati.. pantang ade tersentuh kata, luka kian merebak...

Tangan si isteri luka hari ini ketika memasak. si suami pergi ke dapur dan bertanyakan apa yang di masak dan jika tidak kena dengan seleranya, si suami terus terang mengatakan yang dia tidak mahu makan.. betapa luluhnya hati seorang isteri.. sudahlah sakit, tapi digagahkan diri untuk bangun..memasak untuk yang tersayang..

Bila si isteri sakit, si suami seringkali memperlekehkan.. katanya si isteri ni tak henti dari sakit.. sakit ni bukan si isteri yang minta, Allah yang memberi dan pastinya ade hikmah..

Ya Allah, tabahkanlah hati isteri yang kerdil ini.. biarlah air mata ini jatuh dan menghapuskan episod luka ini...

No comments:

Post a Comment