Friday, August 19, 2011

Dari Allah kita datang dan kepadanya kita kembali...

Sumber : http://www.sabahan.net/forum/showthread.php?tid=1415

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”

(Al-Imran :185)

Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –

seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.

Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

No comments:

Post a Comment