Friday, August 19, 2011

Ramadhan yang terindah....

Syukur Alhamdulillah....

Ramadhan tahun ini dapat juga ku lalui sekali lagi..sudah lama jari ini tidak mencoretkan di atas blog ku ini. Aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba pada Allah yang Esa, seorang isteri kepada suamiku, seorang anak kepada ibu bapaku...

Ya Allah,
aku bersyukur ke atas semua perkara yang telah kau titipkan di sepanjang kehidupanku... sesungguhnya aku tahu bahawa Engkau masih ada disampingku di setiap waktu suka dan dukaku..

Alhamdulillah...
aku kini menjadi lebih tenang apabila aku sentiasa memikirkan kebesaranmu.. jika suatu masa dulu aku selalu mengeluh dgn setiap ujian yang Engkau berikan padaku.. tapi kini Ya Allah, aku sedar bahawa setiap ujian bkn untuk membebankan aku..tapi aku tahu ianya adalah untuk menambahkan imanku...

Ya Allah,
aku bersyukur dgn semua nikmat yang telah kau berikan padaku..nikmat sihat, nikmat berjalan, nikmat berkata-kata, nikmat merasa, nikmat menghidu, nikmat berfikir, nikmat melihat dan semua nikmat yang telah kau kurniakna kpd hambamu yang kerdil ini...aku bersyukur Ya Allah..

Padamu tempat aku bersujud,
sesungguhnya aku sentiasa tenang bila mana aku mengingatimu..bila mana aku bersujud padamu..

Aku insan yang hina dan kerdil seringkali alpa dengan dunia..seringkali mengejar harta dunia namun aku seringkali tidak tenang.. Jauh di sudut hatiku seperti mencari sesuatu dalam hidupku...

Ya Allah,
tunjukkan aku jalan yang benar yang membawa aku ketenangan hidup...

Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kemanisan dan ketenangan dalam hidupku...

No comments:

Post a Comment