Showing posts with label LOVE. Show all posts
Showing posts with label LOVE. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Kenapa wanita mudah menangis?




Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.

Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?”
Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.”

“Saya tidak mengerti ibu,” kata si anak.

Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengertiĆ¢€¦”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?”
“Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,” sang ayah menjawab.

“Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”



"cinta suci yang terindah"

Tatkala air mata seorang perempuan itu jatuh...



Berhati-hati jika kamu membuat
seorang wanita itu menangis..
kerana saat itu Allah SWT
mengira air matanya..

Wanita datang dari tulang

... rusuk lelaki, tidak dari kakinya

untuk berjalan di atasnya,

bukan dari kepalanya untuk

menjadi lebih degil, tetapi dari

sisinya untuk menjadi sama, di

bawah lengan untuk dilindungi

dan di sebelah sisi hatinya

untuk disayangi..♥


"cinta suci yang terindah"

Dating dgn si dia tercinta :)


Morning...

lame da tak update entry kt sini..bz sgt lately ni.tak sempat nk update stori mori kt sini. btw, tak lame lagi tadika nk buat Graduation Day..so, sgt bz nk wat preparation.. decoration, persembhn, aturcara n mcm2 lagi =) its ok, Allah always beside me.. n also my Hubby tercinta will support i..hihi =)

Semalam pegi dating dgn si dia kt Pantai Kemasik, Terengganu..nice place! lebih kurang 30minit dari rumah kami dan dgn kelajuan 80km/j..tak bawak laju2 nnt si dia marah =P so, apa lagi..aku berphotoshoot la..hihi..pantang jumpe kamera..dats y la my hubby bagi hantaran kamera DSLR time wedding aritu =)

next time nak p lagi la..nk melihat keindahan ciptaan Allah SWT.

so, disini aku nk share skit pic photoshoot aku =) si dia hnya amik gmbr je..







Tq soo much to http://dalzbuttoncraft.blogspot.com/ nice maxi skirt =)

Tuesday, June 14, 2011

hari ini...

buat suamiku yang tercinta...

05 June 2011...
hari ni, aku telah menjadi isterimu yg sah. aku telah bertukar milik.aku bukan lagi di bwh tanggungjawab ibu bapaku lagi. aku menjadi tanggunganmu..

Suamiku,
andai aku ada mengguris hatimu. maafkan aku... aku cuba mmbiasakan diriku untuk sentiasa berdua dgnmu.

Suamiku,
aku mncintaimu sepenuh hatiku~

love u sooo much, shamsul azreen...

Saturday, May 28, 2011

Ya Allah, aku jatuh cinta...



Ya Allah..

Yang membolak-balikkan hati kami.. Selama ini aku tidak pernah

tahu bagaimana rasanya bercinta, namun ku berharap, bila cinta hadir

menyapaku, aku tidak akan kehilangan Engkau..

Ya Allah..

Selama ini aku hanya berharap, semoga dapat mencintai orang

yang memiliki cinta luar biasa pada-Mu..

Ya Allah..

Selama ini aku juga berharap, semoga akan dicintai oleh orang

yang dapat mengarahkanku menuju keredhaan-Mu..

Pintaku Ya Allah..

Izinkan aku memiliki rasa ini hingga ia menjadi indah di dada

kami, tanpa menghilangkan rasa cinta kami pada-Mu..

"cinta suci yang terindah"

10 hadiah yang paling bermakna untukmu dariku...


1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti “Sayang Awak” atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.”

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak” atau “Sedap masakan awak” mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.



"cinta suci yang terindah"

andai aku tulang rusukmu yang telah hilang...



Buat insan yang teristimewa dalam hidupku...
Shamsul Azreen Mohamad~





Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal imam Ku



"cinta suci yang terindah"

Thursday, May 26, 2011

kerana aku seorang wanita

kerana aku seorang wanita, maka aku punyai ciri2 ini =)


1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.

2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.

6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.

8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.

10. Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.

Perbezaan Suka, Sayang dan Cinta


Saat kamu MENYUKAI seseorang, kamu ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

Saat kamu MENYAYANGI seseorang, kamu ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

Saat kamu MENCINTAI seseorang, kamu akan melakukan apapun untuk kebahagiaannya walaupun kamu harus mengorbankan jiwamu.

Saat kamu menyukai seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku menciummu?"

Saat kau menyayangi seseorang dan berada disisinya maka kau akan bertanya,"Bolehkah aku memelukmu?"

Saat kamu mencintai seseorang dan berada disisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya..




SUKA adalah saat ia menangis, kamu akan berkata "Sudahlah, jangan menangis."

SAYANG adalah saat ia menangis dan kamu akan menangis bersamanya.

CINTA adalah saat ia menangis dan kamu akan membiarkannya menangis di bahumu sambil berkata, "Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama. "



SUKA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Ia sangat cantik/tampan dan menawan."

SAYANG adalah saat kamu melihatnya kamu akan melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

CINTA adalah saat kamu melihatnya kamu akan berkata,"Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.."



Pada saat orang yang kamu SUKA menyakitimu,maka kamu akan marah dan tidak mahu lagi bicara dengannya.

Pada saat orang yang kamu SAYANG menyakiti hatimu, kamu akan menangis untuknya.

Pada saat orang yang kamu CINTAI menyakitimu, kamu akan berkata,"Tak mengapa dia hanya tidak tahu yang dia lakukan."

Pada saat kamu suka padanya, kamu akan MEMAKSANYA untuk menyukaimu.

Pada saat kamu sayang padanya, kamu akan MEMBIARKANNYA MEMILIH.

Pada saat kamu cinta padanya, kamu akan selalu MENANTINYA dengan setia dan tulus...



SUKA adalah kamu akan menemaninya bila itu menguntungkan.

SAYANG adalah kamu akan menemaninya di saat dia memerlukan.

CINTA adalah kamu akan menemaninya tidak peduli bagaimana pun keadaanmu.

SUKA adalah hal yang menuntut.

SAYANG adalah hal memberi dan menerima.

CINTA adalah hal yang memberi dengan rela.

kisah hati seorang perempuan pada seseorang

Kadang dia sering menyembunyikan satu rasa yang sakit pada seseorang sehinggakan menitis airmatanya namun kita tidak melihat.. Kerana menanggis dia dalam senyap.. Menanggis dia dalam hatinya.. Deritanya sukar kita pahami kerana dia pandai memainkan watak lakonan menyembunyikan kesedihannya di sebalik senyuman yang terukir..

Dan kadang bila kita mampu melihat air matanya yang mengalir.. Sungguh di kala itu amat perit derita yang di tanggungnya.. Dan seolah telah hilang satu kekuatan diri kerana selalu menahan dari mengalirnya air mata itu.. Dan jika kita terus biarkan dia dalan kesedihan, mungkin dia melakukan perkara di luar kawal.. Bimbinglah dia.. Tenangkan lah hatinya..

Di saat menitisnya air matanya itu, jika kamu berpesan padanya dan berjanji takkan melukai lagi perasaannya.. Dia akan menerima kata katamu itu sebagai pemangkin semangatnya yang membara.. Dan jika kamu berpesan jangan menanggis lagi dan akan menjaganya.. Lantas dia akan mengenggam erat tanganmu.. Di dalam hatinya dia berazam tidak akan melepaskan hingga akhir hayatnya..

Dan kadang dia jarang menyatakan kata rindu, janganlah kamu berangkapan tiada langsung perasaan rindu itu pada kamu.. Sengaja dia memberi ruang untuk kamu menyatakan terlebih dahulu kerana hatinya amat berbunga bunga jika seorang yang dia cintai memberitahu sedang rindukanya.. Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya.. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.. Kadang dia tidak dapat melakukan kerja kerana amat merindui kamu..

Apabila dia berkata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata. katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.. Kerana kamulah dunianya selamanya..

Kadang dia menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.. Kata orang keras keras hati perempuan mampu cair dengan janji manis sang pemujanya..

Dan kadang apabila dia berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula.. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.. Dia terlalu emosional.. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri kamu..

Itulah sedikit kisah hati perempuan pada seseorang.. Seseorang di sini bermaksud lelaki yang disayangi dan dicintainya.. Jika anda bukan lelaki tersebut, sejauh mana langkahmu pasti tiada hasilnya.. Kerana sekali perempuan itu telah jatuh hati, amat susah untuk si dia melepaskan di dalam jiwanya.. Akan mengambil masa yang lama untuk pulih..
http://sentuhan-maya.blogspot.com/2011/04/kisah-hati-perempuan-pada-seseorang.html

Sunday, November 21, 2010

Hari2 yang berlalu...

Hari demi hari berlalu... pejam celik, pejam celik, da dua thn lebih aku bersama dirinya... banyak yang aku belajar dari dirinya..menyayangi dengan ikhlas,menyintai dengan ikhlas, jujur, setia... walaupun die tak melafazkan semua bnda tu, tp disebabkan keikhlasan dirinya atas diriku, aku memahaminya dan sangat menyintai dirinya...

Pernah satu ketika aku kehilangannnya...saat itu, aku tersedar yang aku tak ley jauh darinya. aku mememerlukan dirinya di setiap helah nafasku ini...aku berharap, sekiranya aku menghembuskan nafas terakhirku, biarlah aku di atas pangkuannya..hanya itu yang ku pinta..aku menyintainya tulus dari hatiku...

Kebelakangan ini aku seringkali terpikir, sempatkah tuk aku bina kehidupan keluarga dengan dirinya..masihkah ada masa tuk aku menjadi isterinya yang sah..masihkah ada waktu untuk aku memberikn zuriat tanda cinta ikhlas aku padanya...masihkah ada waktu tuk aku dengar panggilan "mama" dari zuriat tanda cinta kami berdua...

Aku berharap, Tuhan masih memberi aku ruang..insyaAllah~

Hari2 yang berlalu....semuanya tidak dapat diulang lagi, hanya dikenangkan saja...
Aku nak si dia tahu yang aku amat menyayanginya sehingga ke hujung nyawaku..hingga denyutan nadiku yang terakhir... aku harap, aku tetap bersama dirinya, aku tetap di dalam hatinya...

Sunday, October 24, 2010

Dua Dunia...

Dua Dunia...

manusia dijadikan dua...lelaki dan perempuan...
haiwan dijadikan dua...jantan dan betina...
perasaan... sedih dan gembira...
rase...pahit dan manis..

Semuanya dua...

Wednesday, December 23, 2009