Saturday, May 28, 2011

andai aku tulang rusukmu yang telah hilang...



Buat insan yang teristimewa dalam hidupku...
Shamsul Azreen Mohamad~





Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang dapat menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku

Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau boleh mencintai aku apa adanya

Dan boleh mengurus kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Kerana….

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang selalu dapat membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

Buat bakal imam Ku



"cinta suci yang terindah"

No comments:

Post a Comment